Online Grooming dan Advokasi
15 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Mei yang lalu, kelas Online Grooming dan Advokasi telah diadakan di Pusat Latihan di Pusat Internet 1 Malaysia. Seramai 12 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 8 hingga 14 tahun menyertai program ini.
Dalam kelas ini, peserta akan didedahkan kepada kepada apa definisi, contoh-contoh dan ciri-ciri online grooming supaya mudah untuk mereka mengambil langkah keselamatan dan mengenal pasti jika mereka sedang berhadapan dengan jenayah siber.
Selain pada itu, Online Grooming ini juga sebenarnya harus didedahkan kepada ibu bapa yang sudah mempunyai anak yang sudah pandai melayari internet. Ini adalah pengetahuan penting untuk ibu bapa demi melindungi anak mereka daripada terjebak kepada jenayah siber atau menjadi mangsa kepada jenayah siber itu sendiri.
Selepas membuat penerangan mengenai Online Grooming, tayangan video advokasi ditayangkan kepada peserta untuk mengukuhkan pemahaman mereka mengenai jenayah siber dan cara-cara untuk membendungnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: